Monday, May 25, 2009

KERJAYA INDUSTRI MINYAK DAN GAS


Offshore platform… satu nama yang agak pelik di kalangan kita, khususnya kepada bangsa kita sendiri “kimaragang”.

Selama dua tahun saya dalam bidang ini, belum banyak orang kita yang saya temui. Seingat saya baru 1 orang lah, itu pun orang kampung saya sendiri (Talantang 1 yang sudah lama hilang dari kampung (ikut keluarga pindah di KK)) iaitu Saudara Hanif… jangan kan orang kita “kimaragang”, orang sabah pun boleh di kira dengan jari. Mungkin kiraan saya salah, sebab saya baru dua tahun berkerja dalam bidang ini lagi pun saya berkerja di perairan Sarawak... tapi melalui cerita kawan-kawan lain pun (termasuk yang berada di perairan Sabah), mereka cakap sama juga, jarang sangatlah sabahan terlibat dengan industri minyak dan gas ni.

Entah kenapa, saya pun tidak tahu? Nak kata gaji kecil tidak juga. Kalau dibandingkan gaji kerja di industri-industri di darat, kadang-kadang gaji di indutri ini 2-3kali ganda besarnya (perbandingan dengan bilangan tahun pengalaman dan kelulusan sama). Kata susah sangat, tidak juga. Orang kita sama juga dengan bangsa Iban yang menepoli industri ini, mereka juga kerja di kampung-kampung, boleh pikul barang berat-berat macam sekarung padi, tapi entah kenapa mereka ramai sangat di sini.

Kadang-kadang bila sampai di pelantar, boring juga... dengan mereka bercakap bahasa sendiri masa berbincang pasal kerja, duduk ramai-ramai masa tengok TV malamnya dan lain-lainlah. Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah orang-orang saya di sini, alangkah bagusnya.

Bila saya fikri-fikir, mungkin kah orang-orang kita tidak tahu macam mana menuju ke arah ini (masuk dalam industri minyak dan gas). Dan sememangnya macam betul lah. Tanya saja anak-anak muda kita, jarang mungkin yang tahu. Jadi sini saya bagi guide sikit-sikitlah, yang paling asas orang panggil, sebagai panduan semua.

  1. Mesti ada kemahiran teknikal – scaffolding, rigger, mekanik, elektrik, inspector, offshore medic(antara yang mahal gaji ni 350-800 sehari kadarnya) dll. Jadi lulusan macam politeknik, ILP dan ABM lah yang sesuai.
  2. Sanggup kerja dalam syarikat kontraktor dulu, kalau asyik tunggu terus dapat kerja dengan Shell, Petronas, Exxon-mobil dll, susahlah sikit. Persaingan sengit sangat dan keputusan diploma dan degree kena tinggi (min CGPA 3.00 – itu pun kadang-kadang tidak lepas)
  3. Sanggup kerja 1 bulan di laut dan 2 minggu offday (rotation). Kalau kami lain lah 2minggu atau ada yang ikut projek baru turun, sebab kami kira Bos kepada kontraktor ini (walau sebenarnya kuli je dalam syarikat).
  4. Betul-betul kena ikut peraturan yang kadang-kadang macam membosankan, terutama masa di pelantar seperti bila turun dan naik tangga kena pegang itu pemagang tangga, merokok tempat di khaskan, tidak boleh memancing walau bikin geram juga tengok itu ikan besar-besar limpas-limpas di bawah plantar dll.

Itu jelah apa yang saya boleh bagi, ohya, senarai kontaktor yang buat kerja untuk syarikat industri minyak dan gas adalah seperti di bawah. Tapi ini yang saya tahu sebab mereka kerja dengan kami di sini Shell.

  1. Dayang Enterprise
  2. Petra Resources
  3. Sarku
  4. Wehaya

Oklah, itu saja saya boleh share kali ini. Ada masa saya cerita lagi, mana tahu ada juga hasinya. Sedikit gambar di pelantar untuk kita tengok-tengok.


Monday, May 18, 2009

Tujuh Tabiat Mudah Menabung

Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Dapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan tersebut (dikongsi bersama di sini).

#1: Berhenti merokok

“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.”

Kesimpulan: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2: Bawa bekalan ke tempat kerja

“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM15 seminggu.”

Kesimpulan: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM780 di bank tahun depan!


#3: Cuci kereta sendiri

“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM8 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM16 setiap dua minggu (2 minggu sekali) dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.”

Kesimpulan: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM208 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.


#4: Ajar anak anda sendiri

“Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM180 sebulan.”

Kesimpulan : Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM2,160 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.


#5: Lepak di gerai “teh tarik” daripada di restoran yang mahal

“Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu”.

Kesimpulan : Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun. Kalau tak lepak lagi jimat (RM 2600).


#6: Kurangkan penggunaan elektrik

“Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM120 kepada RM80 sebulan.”

Kesimpulan : Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM480 setahun.


#7: Rancang pembelian barangan dapur

“Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM50 sebulan.”

Kesimpulan : Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM600 setahun.


Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!