Wednesday, April 22, 2009

Perjalanan Bermula

Jauh sudah perjalanan yang saya lalui...

Suatu ketika-lebih 30tahun lalu... saya di lahirkan di bumi Talantang. Ayah saya Zulkiflie Majun@Muralang dan Mak saya Raining Edaron.

Pendidikan formal saya bermula di tadika Mosolog, di sinilah saya mula mengenal buku yang rupa-rupanya dapat merubah hidup saya kepada keadaan sekarang.

Saya melanjutkan pendidikan tahap rendah di SK Talantang dari tahun 1985-1990, saya sering mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan... paling teruk keputusan yang saya dapat adalah no 5 dalam kelas.

Pendidikan menengah saya pula di SMK Tandek, kalau dulu di sekolah rendah saya bersaing dengan kawan sekampung dalam pelajaran... rupanya di SMK ini saya kena bersaing dengan semua orang di kawasan tandek pula. Paling sengit seingat saya daripada beberapa kawan-kawan lama yang khabarnya kini juga telah berjaya dan bergelar pegawai-pegawai besar di beberapa jabatan kerajaan.

Selepas sahaja PMR, saya seolah-olah menentang arus, walau keputusan PMR agak baik (top 2 student di SMK masa tu)... saya melanjutkan pelajaran ke SM Vokasional Kudat (Masa itu orang anggap Vokasional untuk orang-orang yang keputusan teruk PMR/SRP sahaja)... memang terbukti benar anggapan orang, sebab masa saya mendaftar di SMV Kudat, sayalah yang paling banyak A dalam PMR... Itulah sebab selama dua tahun di sana, sayalah pelajar terbaik sepanjang tahun. Kalau saya pangkat dua sebab BM tak kredit, sayalah pelajar terbaik... kalau saya dapat pangkat satu, lagilah... tidak payah cakap. Bila diumumkan sahaja keputusan SPMV 1995, saya mendapat pangkat satu 12 agreggate... kira powerlah dalam tahun 90an... tapi kalau compare keputusan budak-budak sekarang, tak boleh lah saya lawan.

Tahun 1996, saya telah di terima masuk UTM Skudai dengan kursus Sarjana Muda kejuruteraan Mekanikal. Bukan main gembira saya dan keluarga serta saudara-saudara yang lain, yalah saya dikira orang kampng Talantang yang keempat masuk U dan bakal jadi jurutera... yang lagi tiga orang sebelum saya sudah lama menamatkan pengajian dan kerja baik-baik sudah.

Apabila saya berada di U, rupanya hidup di sana bukan semudah disangkakan, kalau setakat nak lulus tu bolehlah... tapi kalau mahu bersaing dengan bukan bumiputera (Cina terutamanya), kenalah kerja keras juga... Berkat usaha saya selama 4 1/2 Tahun, akhirnya saya menamatkan pengajian di Universiti dengan segulung Ijazah (adalah 3 kali dapat anugerah Dekan). Saya mendapat Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian Kelas Kedua Tinggi, CPA: 3.25). Kira dapat juga saya duduk sebaris dengan pelajar-pelajar yang berkulit putih (Cina) walau bukan dalam barisan first class masa konvokesyen lah, yang kulit macam kita ni (Bumiputera-dusun, melayu dan lain-lain bumiputera) boleh kira dengan jari tangan je tahu dalam barisan tu.

Tamat daripada pengajian Universiti, saya menganggur 9 bulan. Barulah saya sedar rupanya tahun 2001 ni bukan lagi seperti zaman 90an. “kerja tidak lagi mencari orang, tapi orang yang kena cari kerja”. Ketika saya mendaftar di pejabat biasiswa sebagai graduan menunggu tawaran kerja dari kerajaan negeri, saya di nasihatkan cari kerja sendiri sebab saya adalah orang yang ke-100 lebih dalam senarai menunggu.

Jadi saya membuat keputusan untuk berkerja sementara di KK sebagai Hotel boy, daripada duduk di kampung yang mana asyik-asyik orang kampung bertanya bila mula kerja? Lulus juga kah kau di U? Dan macam-macam lagilah yang kadang-kadang jadi menjadi satu tekanan kepada perasaan. Marah juga saya bila orang kampung balik-balik tanya, tapi kadang-kadang tidak boleh salah kan mereka juga, mereka hairan kalau lulus kenapa tak kerja-kerja lagi, orang kampung jarang yang tahu ini bukan zaman 90an lagi? Mereka anggap grade je mesti kerja ber ‘neck-tie’. Bukannya asyik-asyik pergi ikut ‘mengombain padi’ di sawah dan pergi tengok-tengok kerbau petang-petang.

Ketika di hotel tu lah, membuka jalan untuk saya mendapat kan pekerjaan di SFI, Sipitang... yalah hari-hari dapat membaca surat khabar, jadi banyaklah nampak iklan kerja.

Pada November 2001, bermulalah perjalanan saya sebagai Jurutera Mekanikal di sebuah daerah terpencil di selatan Sabah. Kalau mengharapkan kerja di kawasan KK ni, sampai sekarang lah saya menganggur. Selama 5 tahun 10 bulan saya menjalani hidup di SFI. Kereta , kahwin dan simpan duit sikit-sikit semuanya hasil daripada hasil kerja di sana.

Akhirnya, pada Oktober 2007. Saya mendapat tawaran kerja daripada gergasi minyak dunia-SHELL. Itu pun bukan mereka cari saya tahu, tapi saya yang apply dan akhirnya telah diberikan peluang... tiada lagi istilah diam-diam di rumah terus dapat tawaran kerja di zaman ini.

Berkerja dengan Shell amatlah seronok (buat masa ni lah). Bukan sahaja persekitaran yang baru, gaji pun kira lebih dua kali ganda gaji terakhir saya (selepas 5 tahun di SFI). Bonus pun selalu meletup juga, yang tidak bestnya anak bini jarang jumpa... nasib baik tiap hujung minggu (sabtu ahad) saya balik ke KK naik AIRASIA, kalau tidak mungkin anak pun panggil saya ‘uncle’ sudah... palis-palis orang tua bilang.

Jadi itulah perjalanan hidup saya yang agak panjang.... “Dari Sawah Talantang ke Pelantar Shell di Miri”... bagi saya kira perjalanan yang agak berjayalah buat masa ni... jadi doa-doa kan saya akan kekal berjaya dalam hidup yang penuh mencabar ini. Prinsip saya “jangan lupa di mana kita bermula dan bersiaplah untuk masa hadapan (kejayaan atau kegagalan)”. “Masa depan sukar diramal, dan roda sentiasa berputar... ada masa ia berhenti ketika kita di atas (harap2 kekal)... ada masa behenti ketika masa kita dibawah”. FIKIR-FIKIR kan...

2 comments:

  1. Tahniah! kerna anda berjaya dalam hidup,dan saya tumpang gembira dengan kejayaan anda..lepas ini katakan pada kawan anda ..."Talantang boleh ba!!!"dan saya harap ada orang yang akan menyusul selepas ini yang akan belayar besama anda ...hehe..wowosion kio.

    ReplyDelete